Saturday, January 2, 2010

Saya dan peti sejuk saya

Entri peti sejuk dipilih atas sebab untuk menunjukkan kasih sayang saya terhadap peti sejuk yang telah berkhidmat dengan kami (saya dan suami) lebih kurang setahun 3 bulan...

Saya sayang peti sejuk saya...selain saya sayang benda2 hidup dan bernyawa, saya pun perlu menyayangi benda2 tak hidup (darjah 2 sains topic living things and non living things) supaya mengikut pemahaman saya sendiri benda2 tak hidup ni akan bertahan lebih lama jangka hayatnya..

Peti sejuk saya 2 pintu, yang pasti lebih tinggi daripada saya dan suami...kenapa saya sayang peti sejuk saya...sebab2nya sila scroll down ke bawah...

1) Peti sejuk saya sejuk dan tak panas

2)Peti sejuk saya tak bau busuk

3)Peti sejuk saya selalu ada stok susu segar kotak jenama Dutch Lady yang kotak nya warna biru

4)Peti sejuk saya ada stok air soya berperisa jagung (sedap dan mata akan jadi galak bila minum air ni)

5)Peti sejuk saya ada kordial berperisa sarsi yang suami saya selalu beli dan buat air nya sendiri bila dia rasa dahaga

6)Peti sejuk saya senyap dan tak pernah buat bising...tapi baru2 ni ada serangga yang bernama cengkerik telah menyelinap masuk ke rumah dan duduk di belakang peti sejuk saya seolah2 peti sejuk saya yang buat bising...

7)Peti sejuk saya ada banyak ruang untuk suami saya simpan cawan yang dia tak sempat nak cuci (hahaa...suami saya memang seorang yang kelakar :p)

8)Peti sejuk saya ada ditampal dengan tips2 pemakanan sihat tapi saya jarang rujuk dulu sebelum masak :p

9)Peti sejuk saya ada lampu biru yang saya tak pasti apa fungsinya

10)Peti sejuk saya buatkan ikan2 saya segar walaupun dh seminggu duduk kat dalam.. ntah... segar lagi ke?

Oh ye..mak dan nenek saya sebut bukan peti sejuk tapi esbok..saya dan adik beradik lain pun guna perkataan esbok ni...bila dah besar baru saya tau sebenarnya esbok tu ialah ice box...sangat cute perkataan esbok yang mak dan nenek saya sebut ni :p LOL!!

No comments: