Saturday, January 2, 2010

Wanita/Perempuan/Nisa' dan kereta

:::Kereta di sebelah tidak ada kaitan langsung dengan entri sebab ianya tak perlu diservis dan tidak meggunakan spark plug yang boleh menjimatkan minyak:::

Saya baru je 2 tahun stgh bawak kereta...sebab musababnya sebelum ni saya takde lesen memandu atau bahasa omputihnye driving license...keadaan memerlukan saya utk belajar (belajo dalam bahasa Johor) membawa/memandu kereta...dan saya lulus dengan hanya sekali je mengambil lesen (ini adalah pencapaian peribadi saya yang boleh dibanggakan..hahaha)...maka dengan itu saya telah (ayat past tense) membawa kereta yang ada sticker P di depan dan di belakang kereta selama 2 tahun...(driver sticker P perlu lebih bersopan di jalan raya supaya anda berjaya mendapat lesen memandu yang betul2 selepas tempoh percubaan 2 tahun)..

no more P and u can't see it anymore on my car :p

Saya akui memang la saya tak pandai/tak tahu langsung tentang kereta..saya hanya tahu isi minyak kereta bila ada sign berkelip2 kat depan stereng tu (see,nama part kereta pun saya tak tau LOL!!), cuci kereta bila saya tengok kereta saya tak mampu nak senyum sebab badan dia penuh dgn habuk dan tanah merah, buka dan tutup tingkap itupun tingkap otomatik yang hanya perlu tekan butangnya....oh ye,satu lagi saya pandai adjust cermin sisi kereta saya...

(okey habis dah list tentang apa yang saya tahu buat dengan kereta saya....)

sehingga pada satu hari saya yang mmg selalu kena servis kereta berseorangan tanpa teman akibat suami saya selalu pergi kelas di hujung minggu dan bekerja sehingga lewat malam utk mencari nafkah utk bagi saya makan, saya sedar yang saya perlu belajar tentang kereta supaya saya tak blur bila org servis tu tanya/bgtau saya apa yang perlu diserviskan ke atas kereta saya....saya buat2 muka konfiden tapi saya tak tau apa yang saya nak tanya kat org servis tu...haha....agaknya dalam hati org servis tu cakap "eleh wat2 tau tp muka blur je bila aku terangkan"

okey saya berazam untuk lebih tahu tentang part2 kereta...hari ni saya belajar satu benda baru tentang kereta....SPARK PLUG....RM50 yang biasa,RM180 boleh jimat minyak dengan banyak" tp bila saya tanya org servis tu bape percent boleh jimat minyak? dia pulak buat muka blur...haha...saya menang!!!!

Oh..baru tau kat keta ada spark plug rupanye, tp kat bahagian mana saya belum belajar lagi....nanti saya belajar...

P/S:Org servis yang dimaksudkan ialah pekerja di servise centre yang dengan sopannya telah bertanya kepada saya..."cik,kereta cik kat depan ni bumper dia mmg terkopak eh?" Hahaha

No comments: