Friday, January 8, 2010

Sajak untuk suamiku (sbg tanda penghargaan)

Suamiku...
Kasih sayangmu terpancar seindah suria
Meskipun selalunya kita tak sempat tengok matahari pagi bersama
Kerana isterimu sudah keluar pagi sepaginya
Takut jem katanya

Suamiku
Sangat kuhargai
Pengorbananmu mencari kunci
Tatkala matamu berat sekali
pukul 6 pagi dah kena bgn cari kunci umah kat rak kunci...
Untuk membuka pagar besi
Yang amat ketat sekali
Ditiup pula dengan dinginnya pagi
(nak pindah umah tkde pagar la pasni :p)

Suamiku...
Masih tidak dapat kulupakan
Riak wajahmu yang agak terkilan
Pabila kereta kita telah kehilangan
Plet no kesayangan
Akibat isterimu yang kecuaian
Salah sendiri sebab berangan...
Habit tu tak boleh nak di apa2 kan :p

Suamiku...
Sangat lucu dengan gelagatmu
Mencari bantal menutup mukamu
Bila tengok cerita hantu
Terpaksa diriku meng'cover' takutku..ehehhe

Suamiku
Sungguh seronok bila melihat
Dirimu makan berselera yang amat
Masakanku taklah sehebat
Kadang2 rasanye kelat
Namun dirimu memuji ini yang terhebat
Walaupun kadangkala masin tak hengat :p

Suamiku
Setiaku menanti kepulanganmu di rumah
Kadang2 nak naik marah (^__^)
Sebab bosan melimpah limpah
Maklumlah keseorangan mcm nak termuntah :p

Suamiku
Hati2 di jalan raya
Jgn nak merempit mengada
Ikut panduan jalan raya
Ingat!! Doa itu senjata
Akan kutunggu kepulanganmu dengan setia :D

Yeahh....hasil nukilan isterimu....

Mendidik,terdidik,dididik...

Alhamdulillah...semakin hari semakin dpt membiasakan diri di sekolah..cikgu2 kebykannya amat baik dan peramah. Begitu juga GB dan PK yang sgt toleransi..cuma kedaan sekolah yng terlalu ramai murid2nya membuatkan saya masih kaget!! Erk.....adakah perlu saya menjerit di dalam lebih kurang 800 sesi pagi apabila mereka membuat bising semasa perhimpuan? Oh itu ternyata amat mustahil dan mungkin akan membuatkan saya kelihatan sangat hodoh ketika menjerit...

Diberi tugas dan amanah sebagai guru kelas tahun 5 Ehsan..(some of them are much taller than me!!) Saya perlu mengambil masa sedikit untuk mengenal mereka. nak ingat nama pun agak sukar bagi saya.. Oh...next week ada hari pungut yuran.....sigh sigh...there goes my Saturday!!!

...hari2 ku masa mengajar murid darjah 4 (1st week of school)....adegan yang tak dpt dilupakan....

Me: Class...how are u today?
Class: Thank u!!!
Me: Haaa? (*__*)

Me (yelling mode): PLEASE DRAW AND COLOUR UR DRAWINGS
One pupil then asked me: Teacher, nk kena kaler ke?
Me: BIG EYE!!!

Me: Where is ur book?
Pupil: (Quiet)
Me: Where is ur book??
Pupil: (Still in the quiet mode)
His friend: He doesn't understand English, teacher
Me: Mana buku awak?
His friend again: He also doesn't understand Malay...he only understands Tamil
Me: Errrrr.....

Me: Fill in the blank, write down YOUR name here...
Pupil: Teacher, kena tulis nama teacher ke?
Me: YOUR NAME DEAR!!

Pupil (Malay): Teacher, i do not know what is my name in English...
Me: Huhuuu......it is just the same dear!!!!!!!

Pupil: Teacher, macam mana nak eja nama ayah saya Mazlan?
Me (innocently spelled the name): MAZ...maz LAN...lan...MAZLAN....

Okey...those are only parts of the stories behind my days as a teacher...banyak lagi yang terjadi sepanjang 5 hari saya bergelar guru...memang penat dengan gelagat mereka tapi amat berbaloi bila tengok anak murid menjadi manusia berguna (skemanya ayat aku nih!!!)

Oh..some of them called me USTAZAH!!!

Sunday, January 3, 2010

Hari Ahad yang ada pari-pari

Hari ni hari Ahad...tapi kalau anda sedang baca entri ni pada hari Isnin, saya tetap tengah tulis entri ni pada hari Ahad..

Ada apa pada hari Ahad?Oh...hari Ahad ialah hari bercuti bagi negeri Selangor...hari untuk rehatkan minda dan longgarkan otot2 yang tegang akibat bekerja 5 hari sebelum tiba hari Sabtu..

Hari Ahad juga bagi saya lain udaranya..entah dari dulu lagi saya rasa hari Ahad ni best, sebab masa kecik dulu ada kartun Mickey Mouse kat TV setiap pagi Ahad dan paling saya ingat pada hari Ahad lah bonda saya akan masak lauk yang best untuk kami adik beradik (adik2 saya kuat makan,lebih2 lagi ayam goreng tepung yang bonda saya buat)

Hari Ahad juga ada banyak kerja kahwin/functions/sales sana sini..tapi saya prefer guna hari Ahad saya di rumah untuk mengelap dapur gas saya yang terpercik minyak lepas masak..yeah Mr Muscle kawan baik saya untuk agenda lap mengelap.

Mana pergi nya cerita pari-pari pada hari Ahad ni? Betul saya tak tipu hari Ahad saya ada pari-pari..pari-pari cilik yang pakai baju gaun putih (ada jual kat Jusco bahagian kanak-kanak) dan ada wings beserta kayu ajaib nya..ye.....hari Ahad saya memang ada pari-pari bila saya layan cerita dongeng si pari-pari (bukan tajuk sebenar) kat TV...Entah apa moral cerita nya saya tak tau tapi saya dapati (skema ayat sungguh menggelikan) pari-pari cilik itu sunggu lucu (comel)..

Jadilah hari Ahad saya yang ada pari-pari......

Saturday, January 2, 2010

Cahaya dari senyuman :)





















"Senyum seindah suria yang membawa cahaya..senyumlah dari hati,duniamu berseri"


Lagu ni dah lama sejak saya sekolah rendah lagi..tapi saya kurang arif menterjemahkan maksud lagu ni..apakah maksudnya bila kita senyum ada cahaya yang keluar dari senyuman kita? Okey mari kita lihat apa terjadi bila kita senyum...


Bila kita senyum secara tak langsung akan beri gambaran yang kita tengah happy walaupun dalam hati bergelojak macam air kena kocak..tapi ini untuk senyuman yang benar2 ikhlas dan bukan senyum kambing/senyum paksa...


Kita akan rasa happy,lihatlah dunia dan perasan sebentar bila ada orang senyum dengan kita...dalam hati akan berkata adakah orang tu suka tengok saya sebab tu dia senyum? sila jangan perasan sebab sebenarnya dia senyum sebab ada cili terselit kat gigi awak...haha...


Senyum adalah sedekah yang paling mudah sebab apa? sebab anda hanya perlu ukirkan senyuman dan tak payah nak bayar atau paksa orang lain bayar untuk tengok senyuman anda (ada ke bisnes senyum?) siapa tak pandai senyum sila sebut ciiiiiiisssss (cheese dalam BI)


Okey ada jugak signifikasi senyum beri cahaya...bukan cahaya flash/lampu yang terang tapi cahaya kegembiraan..ye,kegembiraan atau happiness..jadi senyumlah selalu tapi jangan senyum sorang2 esp bila jalan kat shopping mall sebab mungkin orang lain ingat anda ni syok sendiri..ntah??


Teringat lagu Raihan bertajuk Senyum :)

Cara mengatasi kenaikan tekanan darah bila memandu

Saya dan berjuta pemandu lain esp pemandu wanita mmg terpaksa (kena paksa) memandu..rasionalnya takde siapa yang sudi hantar saya ke sesuatu tempat yang saya ingi tujui...nak hire driver mmg just in my dream...haha..(keta cabuk saya pun nk kena ada driver kah?)

Okey...saya yakin bila memandu ni mmg essentially akan buat BP kita naik mendadak....dgn jem,dgn lampu isyarat rosak yang hanya berkelip2 mengeluarkan lampu oren jek,dgn jalanraya berlubang2 like a BIG hole on the mole, dgn lampu isyarat yang hanya ada masa 30 saat jek utk kita bergerak (30 saat jek mmg lokek!!),dgn those ppl yang tak tau bg signal dan akan buat muka selamba kodok (kodok lagi comel la) bila nak mencelah depan keta kita..semua nya akan buat BP kita naik!!! Yes, naik!!

Saya ada cara cmne nak avoid tekanan darah bila memandu....check it out!!

1) Sebelum mulakan pemanduan, pastikan anda berada dalam keadaan bersih dan bau wangi sebab kalau tak wangi boleh buat anda lg stress dgn bau anda sendiri

2) Petrol penuh,tayar kereta teguh berdiri untuk pemanduan lancar dan anda tak perlu stress cari petrol pump untuk refill minyak esp bila lalu kat jalan macam kat Pagoh tu..mana nak cari petrol pump??

3)Masa drive, kalau ada driver yang nak potong tapi tak bg signal, anda boleh bagi dia lambaian kasih sebagai tanda penghargaan..(kalau bukak tingkap lagi bagus sebab boleh nampak tangan anda melambai2 dengan gemalainya) jangan cepat marah atau BP anda sendiri yang akan naik..

4)Pasang lagu yang catchy...boleh geleng2 kan kepala sesuai dgn rentak alunan muzik and this works esp bila jem teruk...saya selalu nyanyi lagu feveret saya contoh seperti (redundant similar words) lagu Siti Nurhaliza (tajuk tak ingat) banyak kali sebab saya rasa suara saya macam Siti esp bila nada tinggi..(okey) bila jem...pastikan tingkap anda ditutup sepenuhnya sebab mungkin akan terjadi pencemaran bunyi pulak kat jalan raya.

5)Jangan mudah gunakan hon walaupun dekat lane yang sepatutnya laju ada driver yang drive makan angin selaju 40km/sejam kat lane laju..(okey saya just high beam je :p) mana tau org yang anda hon tu adalah bonzer/along yang mmg tough bodynya cuma dia taknak bawak laju sebab tgh layan lagu penwar rindu kat dlm keta dia...ha takut takut!!!

6)Patuh pada peraturan jalan raya....jgn kesahkan kalau ada org cakap anda ni skema rama..takpe!!! yang penting anda seorang pemandu yang berhemah dan mungkin ada yang berkenan dengan cara pemanduan anda dan terus nak jadikan menantu (takde kena mengena)

7)Okey..saya rasa banyak2 cara kat atas cara yang ni paling berkesan..sebelum keluar rumah baca Bismillhi tawakkaltu 'Alallah dan Bismillahillazi la yadhurru (rujuk Al-Mathurat utk bacaan dalam jawi,more accurate...)...inshaAllah sepanjang pemanduan akan smooth walaupun ada yang buat kita geram tapi kita sentiasa rasa tenang dan gumbira.... :)

Jangan stress bawak kereta..ingatlah orang dulu2 lagi la susah nak travel kena naik kereta lembu/beca/unta/jalan kaki...bersyukur dengan apa yang ada :)

Saya dan peti sejuk saya

Entri peti sejuk dipilih atas sebab untuk menunjukkan kasih sayang saya terhadap peti sejuk yang telah berkhidmat dengan kami (saya dan suami) lebih kurang setahun 3 bulan...

Saya sayang peti sejuk saya...selain saya sayang benda2 hidup dan bernyawa, saya pun perlu menyayangi benda2 tak hidup (darjah 2 sains topic living things and non living things) supaya mengikut pemahaman saya sendiri benda2 tak hidup ni akan bertahan lebih lama jangka hayatnya..

Peti sejuk saya 2 pintu, yang pasti lebih tinggi daripada saya dan suami...kenapa saya sayang peti sejuk saya...sebab2nya sila scroll down ke bawah...

1) Peti sejuk saya sejuk dan tak panas

2)Peti sejuk saya tak bau busuk

3)Peti sejuk saya selalu ada stok susu segar kotak jenama Dutch Lady yang kotak nya warna biru

4)Peti sejuk saya ada stok air soya berperisa jagung (sedap dan mata akan jadi galak bila minum air ni)

5)Peti sejuk saya ada kordial berperisa sarsi yang suami saya selalu beli dan buat air nya sendiri bila dia rasa dahaga

6)Peti sejuk saya senyap dan tak pernah buat bising...tapi baru2 ni ada serangga yang bernama cengkerik telah menyelinap masuk ke rumah dan duduk di belakang peti sejuk saya seolah2 peti sejuk saya yang buat bising...

7)Peti sejuk saya ada banyak ruang untuk suami saya simpan cawan yang dia tak sempat nak cuci (hahaa...suami saya memang seorang yang kelakar :p)

8)Peti sejuk saya ada ditampal dengan tips2 pemakanan sihat tapi saya jarang rujuk dulu sebelum masak :p

9)Peti sejuk saya ada lampu biru yang saya tak pasti apa fungsinya

10)Peti sejuk saya buatkan ikan2 saya segar walaupun dh seminggu duduk kat dalam.. ntah... segar lagi ke?

Oh ye..mak dan nenek saya sebut bukan peti sejuk tapi esbok..saya dan adik beradik lain pun guna perkataan esbok ni...bila dah besar baru saya tau sebenarnya esbok tu ialah ice box...sangat cute perkataan esbok yang mak dan nenek saya sebut ni :p LOL!!

Sedut2 dan keluar asap...


Tajuk entri kali ni agak seram bagi saya yang langsung tak pandai sedup asap...mesti ingat sedut2 keluar asap ni adalah rokok kan? (harga rokok dah naik,served u right smokers!!! :p)

Ternyata tekaan anda salah....benda yang dimaksudkan ialah sicha...salah eja!!! Sisha...okey benda apakah ini dan kenapa perlu berada dalam entri kali ni?

Dan sebenarnya (lagu Yuna yang suami saya pernah suka dengar dulu)...sebenarnya saya dan suami beserta seorang rakan baiknya minum sejukkan badan lepas bersukan badminton (we went for a drink: ayat BI mmg ringkas) kat satu tempat di Shah Alam dan saya pilih tempat berhadapan dengan gerai sisha...

Pengusaha gerai sisha ni berimej kemas tp pakai earings...(pangkah utk dijadikan calon suami bg yang belum bersuami) sgt tekun menyiapkan hidangan sisha ni(bole ke di panggil hidangan?)...dan pelanggan2 sisha terdiri daripada golongan muda mudi remaja yang rambut style ala-ala vokalis kumpulan hujan (bg lelaki) dan perempuan nya pulak rambut penuh warna warni...colourful beb!!

Saya kehairanan kenapa ada air gas dimasukkan dalam sisha ni pastu dia kuar asap? saya perhatikan betul2 org yang sedut sisha tu tapi bukan teguk air gas tu,tp sedut asap dan hembus dengan penuh style...Walapun lebih sejam saya perhatikan dan makanan saya iaitu kuew tioe kungfu dah licin dan air teh o limau suam saya pun dh abis, saya masih belum dapat jawapan kenapa sisha tu perlu dimasukkan air gas???

Suami saya bgtau yang sisha ni ada mcm2 flavour...strawberry,cokelat etcetra etcetra..Ntah...saya tak paham...mungkin peminat sisha ada jwpnnye...yg pasti saya tak berkenan tengok anak gadis yang sedut sisha di khalayak ramai dan hilang kesantunan dan budi pekerti sebagai gadis melayu....

Senarai kelupaan saya

OMG...aku lupa nak jilat bulu aku dari minggu lepas!!!!

Bak kata Tun Mahathir,Melayu mudah lupa (Malay tends to forget)..okey dan saya adalah melayu walaupun mak saya banjar dan abah saya jawa... (saya bangga dilahirkan sebagai mix..... banjar dan jawa..haha...tak boleh blah :p)

Senarai kelupaan saya yang kadang2 buat suami saya annoys dengan saya : annoys tetap sayang okey :p

1)Saya selalu lupa kat mana saya letak getah rambut saya yang ada mcm2 kaler dan saya pakai hairband tu ikut warna baju yang saya pakai walaupun saya pakai tudung...

2)Saya selalu lupa kat mana saya letak skaf hitam saya bila nak pakai tudung...

3)Saya selalu lupa jalan nak pergi ke sesuatu tempat sebab saya selalu berangan dalam kereta esp bila suami saya yang drive..

4)Saya selalu lupa letak brooch kat tempat asalnya iaitu kotak yang berbentuk hati yang sgt comel dan sesuai utk letak brooch tapi saya selalu sepahkan brooch saya sampai suami saya selalu terpijak brooch saya dan menjerit kesakitan...dan kena beli brooch yang baru!!!

5) Saya selalu lupa charge telefon bimbit Nokia saya yang saya selalu lupa nak simpan no telefon kawan2 saya kat dalam buku telefon saya dan akan gabra bila ada nombor yang tak dikenali mesej saya dan saya tak tahu siapa orgnye akibat saya tak save nombor telefon mereka dalam HP saya...

6)Saya selalu lupa nak cakap apa lepas org potong ckp saya..apa daaa???

7)Saya selalu lupa nak hafal nama orang siap dengan bin/binti nya sekali...saya sgt teruk **sigh**

8)Saya selalu lupa apa nak tulis ni ha??

9)Saya selalu lupa nak makan ubat vitamin penguat tenaga yang dibekalkan oleh mak dan ibu mertua saya...

10)Saya selalu lupa yang saya tgh lupa skrg ni....

**agak merapu sebab tgh lupa**

tp saya tak nak lupa Allah....saya inshaAllah sentiasa ingat DIA :)

Wanita/Perempuan/Nisa' dan kereta

:::Kereta di sebelah tidak ada kaitan langsung dengan entri sebab ianya tak perlu diservis dan tidak meggunakan spark plug yang boleh menjimatkan minyak:::

Saya baru je 2 tahun stgh bawak kereta...sebab musababnya sebelum ni saya takde lesen memandu atau bahasa omputihnye driving license...keadaan memerlukan saya utk belajar (belajo dalam bahasa Johor) membawa/memandu kereta...dan saya lulus dengan hanya sekali je mengambil lesen (ini adalah pencapaian peribadi saya yang boleh dibanggakan..hahaha)...maka dengan itu saya telah (ayat past tense) membawa kereta yang ada sticker P di depan dan di belakang kereta selama 2 tahun...(driver sticker P perlu lebih bersopan di jalan raya supaya anda berjaya mendapat lesen memandu yang betul2 selepas tempoh percubaan 2 tahun)..

no more P and u can't see it anymore on my car :p

Saya akui memang la saya tak pandai/tak tahu langsung tentang kereta..saya hanya tahu isi minyak kereta bila ada sign berkelip2 kat depan stereng tu (see,nama part kereta pun saya tak tau LOL!!), cuci kereta bila saya tengok kereta saya tak mampu nak senyum sebab badan dia penuh dgn habuk dan tanah merah, buka dan tutup tingkap itupun tingkap otomatik yang hanya perlu tekan butangnya....oh ye,satu lagi saya pandai adjust cermin sisi kereta saya...

(okey habis dah list tentang apa yang saya tahu buat dengan kereta saya....)

sehingga pada satu hari saya yang mmg selalu kena servis kereta berseorangan tanpa teman akibat suami saya selalu pergi kelas di hujung minggu dan bekerja sehingga lewat malam utk mencari nafkah utk bagi saya makan, saya sedar yang saya perlu belajar tentang kereta supaya saya tak blur bila org servis tu tanya/bgtau saya apa yang perlu diserviskan ke atas kereta saya....saya buat2 muka konfiden tapi saya tak tau apa yang saya nak tanya kat org servis tu...haha....agaknya dalam hati org servis tu cakap "eleh wat2 tau tp muka blur je bila aku terangkan"

okey saya berazam untuk lebih tahu tentang part2 kereta...hari ni saya belajar satu benda baru tentang kereta....SPARK PLUG....RM50 yang biasa,RM180 boleh jimat minyak dengan banyak" tp bila saya tanya org servis tu bape percent boleh jimat minyak? dia pulak buat muka blur...haha...saya menang!!!!

Oh..baru tau kat keta ada spark plug rupanye, tp kat bahagian mana saya belum belajar lagi....nanti saya belajar...

P/S:Org servis yang dimaksudkan ialah pekerja di servise centre yang dengan sopannya telah bertanya kepada saya..."cik,kereta cik kat depan ni bumper dia mmg terkopak eh?" Hahaha

Kenapa saya jadi cikgu??

Okey,hari ni dh masuk 2hb Jan 2010...secara ringkas 020110..semalam 010110...dan pada 040110 saya akan berada di sekolah keb Puchong Indah sbg cikgu/teacher/mudirah/fasci atau apa2 sahaja panggilan..



Kenapa saya jadi cikgu??



Terngiang2 kata2 emak/bonda/umi/ibu yang menyuruh saya mengisi borang ke maktab utk jadi cikgu...Dgn konfiden nye saya jwb..."Ina (pangilan manja di rumah) tak minat jd cikgu la mak..Ina nak jadi pegawai bank mcm uncle man (uncle saya bekerja di bank dan punya banyak wang....tu adala sceptical pemikiran org2 dulu bila tgk org keje bank ada byk duit...)..dan nak masuk universiti..."



maka diizinkan oleNya sy masuk universiti dengan lulusan Diploma In Banking..i did it mom!!! One step ahead for me to become a banker...



Habis diploma,cemburu tgk kwn2 yg nak buat degree....saya terus sambung buat degree atau nama saintifiknye BBA (Hons) Islamic Banking.....habis degree saya menganggur kejap(3 bulan lama bg org yg tak berduit!!) dan permohonan (application) saya utk bekerja di bank diterima...walaaaa!!!!

Saya berazam utk jadi seorang banker yang kaya...yess..KAYA..walaupun gaji yang diterima tak banyak dan mustahil utk saya jadi kaya dengan hanya jadi kuli biasa je kat bank tu tp saya syukur sebab gaji saya bolehlah buat saya beli sebijik keta itupun secara bayaran installment, boleh belanje kwn2 makan kat Alamanda seperti kedai makan Secret Recipe dan Kenny Rogers, boleh bagi mak duit tiap2 bulan, dan boleh simpan duit utk kahwin..haha

Dan hari demi hari yang saya lalui di salah sebuah bank itu amat &***$%##$%^^^ (tiada perkataan sesuai utk menggambarkan betapa "misery nya" saya kerja kat sana... *sigh sigh sigh*

Baru saya ingat yang mak selalu berdoa supaya saya jadi cikgu dan bukan supaya saya jadi banker/pegawai bank/bank manager....

Dan saya yakin sebab itulah akhirnya kini sekarang (saya lemah BM....SPM utk subjek BM saya amat memalukan!!!) saya jadi cikgu!!! -DOA EMAK!!!-

Saya sayang emak saya.....Salbiah Sabran :)