Friday, January 8, 2010

Sajak untuk suamiku (sbg tanda penghargaan)

Suamiku...
Kasih sayangmu terpancar seindah suria
Meskipun selalunya kita tak sempat tengok matahari pagi bersama
Kerana isterimu sudah keluar pagi sepaginya
Takut jem katanya

Suamiku
Sangat kuhargai
Pengorbananmu mencari kunci
Tatkala matamu berat sekali
pukul 6 pagi dah kena bgn cari kunci umah kat rak kunci...
Untuk membuka pagar besi
Yang amat ketat sekali
Ditiup pula dengan dinginnya pagi
(nak pindah umah tkde pagar la pasni :p)

Suamiku...
Masih tidak dapat kulupakan
Riak wajahmu yang agak terkilan
Pabila kereta kita telah kehilangan
Plet no kesayangan
Akibat isterimu yang kecuaian
Salah sendiri sebab berangan...
Habit tu tak boleh nak di apa2 kan :p

Suamiku...
Sangat lucu dengan gelagatmu
Mencari bantal menutup mukamu
Bila tengok cerita hantu
Terpaksa diriku meng'cover' takutku..ehehhe

Suamiku
Sungguh seronok bila melihat
Dirimu makan berselera yang amat
Masakanku taklah sehebat
Kadang2 rasanye kelat
Namun dirimu memuji ini yang terhebat
Walaupun kadangkala masin tak hengat :p

Suamiku
Setiaku menanti kepulanganmu di rumah
Kadang2 nak naik marah (^__^)
Sebab bosan melimpah limpah
Maklumlah keseorangan mcm nak termuntah :p

Suamiku
Hati2 di jalan raya
Jgn nak merempit mengada
Ikut panduan jalan raya
Ingat!! Doa itu senjata
Akan kutunggu kepulanganmu dengan setia :D

Yeahh....hasil nukilan isterimu....

2 comments:

YnaaOhYnaa said...

sos sweet =)

noad said...

besh2!!!
wah...tidak ku sangka..kamu sangat pandai berkata2...
hehe...