27..soon will be 28..oh dah tua!!
Wednesday, December 1, 2010
Monday, November 29, 2010
Idiot claims the sun is hers!!
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari <---- I'm throwing a fit on this!!! You'll be in hot soup if u mind doing so!!
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - News credit to KOSMO
Thursday, November 25, 2010
Grammar class
My answers to the questions
Hantu kum-kum
Soalan spontan
- Pengurus rumah tangga (^__^)
Kamu, saya, kita adalah manusia yang.........
Kenapa kau alpa?
Terlalu sibuk urusan dunia..
Sampai suruhan Allah ditinggalkannya
Dengan alasan terlalu banyak kerja
Aduhai manusia..
Kenapa kau terlalu angkuh bila berbicara?
Seolah-olah kau terlalu hebat dalam kesemuanya
Atau mungkin kau sudah lupa
Yang Maha Hebat di atas sana
Selalukah kau berzikir mengingatiNya?
Aduhai manusia...
Katamu hidup mesti ceria
So jom kita enjoy saje
Memang tak salah hidup bergembira
Asalkan kau tau batasannya
Sebab satu hari nanti kita akan dipanggil 'ke sana'
Cuba hitungkan amalan yang ada
Sudahkah kau bersedia??
Aduhai manusia...
Bila berpakaian macam tak cukup kainnya
Terbelah sini terbelah sana
Makin nipis makin hebat katanya
Bila ditegur JANGAN SIBUK!! kau berkata
Inilah bila Islam hanya pada nama
Jarang sekali mengamalkan ajarannya
Lupakah engkau di akhirat nanti ada balasannya?
Atau engkau sudah cukup kebalnya??
Untuk melawan panasnya api neraka
Aduhai manusia...
Kenapa susah sangat nak ikut peraturanNya?
Bukankah semuanya Allah yang cipta
Termasuk dirimu yang sifatnya sempurna
Jangan terlalu asyik dengan dunia
Yang hanyalah bersifat sementara
Ayuh mari kita kembali kepadaNya
Di akhirat nanti pasti bahagia!!!
~~~Peringatan untuk diri sendiri jugak yang selalu alpa..~~~