Saturday, January 2, 2010

Sedut2 dan keluar asap...


Tajuk entri kali ni agak seram bagi saya yang langsung tak pandai sedup asap...mesti ingat sedut2 keluar asap ni adalah rokok kan? (harga rokok dah naik,served u right smokers!!! :p)

Ternyata tekaan anda salah....benda yang dimaksudkan ialah sicha...salah eja!!! Sisha...okey benda apakah ini dan kenapa perlu berada dalam entri kali ni?

Dan sebenarnya (lagu Yuna yang suami saya pernah suka dengar dulu)...sebenarnya saya dan suami beserta seorang rakan baiknya minum sejukkan badan lepas bersukan badminton (we went for a drink: ayat BI mmg ringkas) kat satu tempat di Shah Alam dan saya pilih tempat berhadapan dengan gerai sisha...

Pengusaha gerai sisha ni berimej kemas tp pakai earings...(pangkah utk dijadikan calon suami bg yang belum bersuami) sgt tekun menyiapkan hidangan sisha ni(bole ke di panggil hidangan?)...dan pelanggan2 sisha terdiri daripada golongan muda mudi remaja yang rambut style ala-ala vokalis kumpulan hujan (bg lelaki) dan perempuan nya pulak rambut penuh warna warni...colourful beb!!

Saya kehairanan kenapa ada air gas dimasukkan dalam sisha ni pastu dia kuar asap? saya perhatikan betul2 org yang sedut sisha tu tapi bukan teguk air gas tu,tp sedut asap dan hembus dengan penuh style...Walapun lebih sejam saya perhatikan dan makanan saya iaitu kuew tioe kungfu dah licin dan air teh o limau suam saya pun dh abis, saya masih belum dapat jawapan kenapa sisha tu perlu dimasukkan air gas???

Suami saya bgtau yang sisha ni ada mcm2 flavour...strawberry,cokelat etcetra etcetra..Ntah...saya tak paham...mungkin peminat sisha ada jwpnnye...yg pasti saya tak berkenan tengok anak gadis yang sedut sisha di khalayak ramai dan hilang kesantunan dan budi pekerti sebagai gadis melayu....

No comments: